Belanjawan 2018 - Budget 2019 Malaysia Live

Belanjawan 2018 - Budget 2019 Malaysia LiveBelanjawan Malaysia 2018, bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, telah dibentangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, berbaju Melayu biru, kepada Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 27 Oktober 2017. Belanjawan ini ialah belanjawan terakhir Datuk Seri Najib sebelum Dewan Rakyat secara automatik terbubar pada Julai tahun depan berdasarkan tarikh ahli parlimen semasa mengangkat sumpah jawatan lima tahun lalu. Untuk Bajet 2018 ini, kerajaan meminta maklum balas dan cadangan rakyat mengenai belanjawan ini. Kerajaan menerima sebanyak 13,837 idea dan cadangan kempen #Bajet2018 yang telah berlangsung selama 15 hari bermula 4 sehingga 18 September lalu.

Pembentangan Belanjawan 2019 yang bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera dibuat pada 2 November 2018 oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia di Dewan Rakyat. elanjawan ini merupakan belanjawan pertama sejurus selepas kemenangan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengambil alih kerajaan persekutuan. Dalam pembentangan tersebut, Menteri Kewangan telah menggariskan tiga fokus utama kerajaan dan 12 strategi bagi merealisasikan aspirasi rakyat. Fokus pertama : Melaksanakan reformasi institusi; Fokus kedua : Memastikan kesejahteraan rakyat; dan Fokus ketiga : Memupuk budaya negara keusahawanan. - Live streaming pembentangan bajet 2019 belanjawan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...